Visitor Statistic

SEJARAH

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
http://jeffrey518.tripod.com/

Sunday, April 4, 2010

FORMAT MAKLUMAT ALUMNI KLKM TATiUC

SALAM PENGAKAP.
BIODATA ANDA MESTILAH MENGANDUNGI SEGALA MAKLUMAT TERKINI YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK PENYEBARAN SEBARANG INFORMASI.

NAMA:
NO. I/C:
ALAMAT:
STATUS:
TELEFON: (R)/(HP)
EMAIL:
PEKERJAAN:
ALAMAT PEJABAT:

SILA EMAILKAN KE fhyrman@yahoo.com
SEMOGA ALUMNI KLKM TATiUC DAPAT DIREALISASIKAN DAN BERSAMA KEARAH KEGEMILANGAN DALAM KEPENGAKAPAN. TERIMA KASIH.

SEMOGA DIRAHMATI OLEH-NYA
---- fhyrman_9w2fsi ----

Thursday, July 30, 2009

HinexCamp-9 TATiUC

HinexCamp ke-9 (9-13/06/09) berkampung di tapak perkhemahan Kolej Universiti TATi telah dihadiri kurang lebih 13 IPTa/s seluruh Malaysia. Jumlah Peserta adalah kurang lebih 300 pelajar dari pelbagai institusi. Program selama 5 hari ini diselitkan pelbagai acara dan xtvt dijalankan termasuklah; Radio Amatueur (Radio Scouting), water confidence, scuba diving, pertolong cemas, xtvt pantai, masakan tradisional, lawatan d.l.l.



Ini gambar time perasmian. Kemeriahan malam perasmian, tapak perkhemahan Hinex Camp ini telah dihujani dengan tembakan bunga api beserta 9 das tembakan yg kuat menandakan bermulanya perkhemahan Hinex Camp yg ke-9 ini....
Tidak Ketinggalan, 3 rakan aku a.k.a (OGP) Org Gila Pengakap ADLI, REDZA & KAMIL yg selalu havoks time camping sempat merakamkan sedikit kenangan. Takpelah, aku ni URUSETIA (secara tidak langsung), xde masa nak bergambar mcm korang... hihihi.... InsyaALLAH, next camping kita jumpa lg...

p/s kpd pembaca sekalian, anda boleh vote program ni di ruang kat sebelah tu hah...TQ.

Thursday, September 25, 2008

SETEM MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-100 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

KUALA LUMPUR, Selasa – Pos Malaysia akan mengeluarkan Setem Kenang-Kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama sempena memperingati Ulang Tahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia. Setem Kenang-Kenangan tersebut akan memaparkan imej-imej yang berkaitan dengan identiti Persekutuan Pengakap Malaysia.

Kegiatan berpengakap merupakan suatu kaedah pendidikan dan latihan bagi pelajar-pelajar sekolah di masa kini dan sebagai aktiviti kokurikulum yang amat diminati. Menerusi kegiatan berpengakap, pelbagai perkara dapat dipelajari diantaranya kepimpinan, bekerja secara berkumpulan (sistem berpatrol), kemahiran, minggu kerja, permainan dan nyanyian. Kepelbagaian kegiatan dan aktiviti ini telah menimbulkan minat yang mendalam dikalangan ahlinya dengan menjalani beberapa ujian kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kejayaan yang diperolehi itu diktiraf dengan pemakaian lencana dan anugerah yang di perakukan oleh para Pemimpin Pengakap mereka. Diantara anugerah yang tertinggi itu ialah Anugerah Lencana Pengakap Raja. Anugerah ini diberikan kepada Ahli Pengakap yang telah menjalani latihan dan kemahiran semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Sijil Anugerah Pengakap Raja ini turut mendapat perkenan dan ditandatangani oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan-Sultan dan Raja-Raja negeri-negeri.

Logo Sambutan Ulangtahun Ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang dibentuk adalah bercirikan prinsip asas Pergerakan Pengakap Sedunia dengan tema Satu Dunia Satu Persetiaan.

Nombor satu yang tertera di logo tersebut melambang PPM sebagai sebuah pergerakan yang unggul yang berteraskan pendidikan dan kemahiran ilmu pengetahun. Emblem Persekutuan Pengakap Malaysia yang diapit oleh Emblem Pergerakan Pengakap Sedunia dan kibaran Jalur Gemilang melambangkan Persekutuan sentiasa mendukung dan menjalinkan hubungan yang padu dalam merealisasikan pembangunan pergerakan Pengakap di Malaysia bertepatan dengan misi dan visi Pengakap Sedunia serta selaras dengan pembentukan wawasan negara. Ilustrasi burung melambangkan kesepaduan pergerakan Pengakap dalam merealisasikan rancangan pembangunan berterusan Persekutuan Pengakap Malaysia.

“Sepanjang 100 tahun penubuhan, sejarah Persekutuan Pengakap Malaysia berkait rapat dengan sejarah Malaysia. Adalah menjadi kebanggaan buat Pos Malaysia Berhad untuk mengeluarkan Setem Kenang-Kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama ini bagi meluahkan rasa penghargaan kami terhadap usaha berterusan Persekutuan Pengakap Malaysia dalam memupuk sikap disiplin, kerja berpasukan dan kepimpinan di kalangan anggotanya,” kata Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pemangku Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad.

“Kami berharap orang ramai dapat bersama-sama memberi penghargaan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia di atas segala sumbangannya kepada rakyat Malaysia dengan mendapatkan setem-setem dan Sampul Surat Hari Pertama ini,” tambah Datuk Abu Huraira lagi.

Setem-setem tersebut, berukuran 40mm X 30mm, dicetak sebanyak 20 setem sehelai di atas kertas tera air SPM bersalut fosfor dan boleh didapati dalam tiga denominasi seperti berikut:

* 30sen : Permulaan Berpengakap (1908) - Pembacaan Peta

Pembacaan Peta merupakan satu latihan survival dan navigasi yang diperkenalkan seawal tahun 1908. Menerusi ilmu kemahiran ini ahli pengakap dapat mempelajari keadaan sekitar, rupa bentuk muka bumi yang berbagai. Kemahiran ini juga dapat dipraktikkan dengan lebih efektif lagi apabila ahli Pengakap menjalankan aktiviti pengembaraan, ekspedisi dan penerokaan di sesuatu tempat.

* 50sen : Era Pembangunan (1957-1987) – Titian Monyet

Titian Monyet merupakan salah satu aktiviti merentas halangan dan kegiatan yang boleh membina keyakinan diri dan nilai-nilai murni dikalangan ahli Pengakap. Latihan yang diperkenalkan kepada ahli-ahli Pengakap ini adalah sebagai satu wadah dalam pembentukan jati diri dan sahsiah yang cemerlang dengan menilai tahap kemahiran dan psikologi di dalam diri.

* RM1.00 : Pengakap Masa Kini (1988-2008) – Aktiviti Air

Kepelbagaian aktiviti seperti berkayak, berenang dan menyelam yang diperkenalkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia menerusi Unit Pengakap Marin telah menarik lebih ramai lagi penyertaan ahli-ahli pergerakan Pengakap di seluruh negara. Menerusi aktiviti seperti ini ahli-ahli Pengakap lebih yakin lagi dalam menjalankan latihan dan kegiatan di air. Kecenderungan latihan ini turut diiktiraf dengan latihan progresif Bronze Medallion dan Bronze Cross oleh Persatuan Penyelamat Nyawa Kebangsaan. Unit Pengakap Marin turut membentuk Unit Penyelamat dan Pengawal Pantai yang dipelopori oleh Pasukan Kelana.

Sampul Surat Hari Pertama dijual pada harga 30 sen setiap satu dan boleh didapati di semua pejabat pos. Folder berharga RM 5.50 hanya terdapat di pejabat-pejabat pos yang terpilih sahaja.

Pengumpul setem digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli SODA (Standing Order Deposit Account) untuk mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos semasa hari keluaran. Selain itu, pelanggan juga kini dapat menikmati lebih kemudahan online menerusi Philately Online di www.posonline.com.my untuk membuka akaun SODA, menambah nilai serta memeriksa baki akaun SODA, serta mengemaskinikan butir-butir peribadi mereka.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.pos.com.my atau kunjungi pejabat pos terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat 1, Bangunan Pelabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. Hubungi 03-2275 6569 atau e-mel filateli@pos.com.my untuk mendapatkan keterangan selanjutnya.

Saturday, September 20, 2008

SIMPULAN DAN IKATAN


BUKU SILA / REEF KNOT
Kegunaan: Mengikat Anduh.



BUNGA GETI / SHEET BEND
Kegunaan: Menyambung dua tali yang tidak sama/saiz berlainan. Menyambung tali yang licin.



SIMPUL MANUK / CLOVE HITCH
Kegunaan: Bagi memulakan sebarang ikatan. juga bagi mengelakkan tali daripada bergerak/teralih.



TINDIH KASIH / BOWLINE
Kegunaan: Biasanya digunakan untuk/ketika menyelamat mangsa yang terjatuh dan sebagainya.





LILIT DUA SIMPUL / ROUND TURN 2 HALF HITCHES
Kegunaan: Membuat tali ampaian / manambat tali kapal.